Thursday, January 28, 2021

Permulaan Kembara

 Assalamualaikum, salam sejahtera... 

Hari ini saya akan memulakan catatan berkaitan site yang sah berbayar atau tidak berbayar melalui pengalaman saya sendiri. Dalam dunia cyber, sama juga tamsilnya dengan dunia realiti berkaitan dengan pelbagai jenis tawaran terutama berkaitan pelaburan, dan pastinya setiap orang mempunyai pengalaman berbeza tentangnya sama ada betul atau hanyalah satu penipuan. Malah, amat malang sekali, di dalam dunia digital sekalipun, banyak perangkap yang berkaitan bisness atau pelaburan, tak kesahlah pelaburan wang atau cryptocurrency ataupun game atau apa-apa juga bentuknya. 

    Yang berbayar alhamdulillah, yang tak berbayar dan kita tidak invest apa-apa, kita telah terbuang masa. Isunya ialah, apakah site yang betul-betul legit? Tidak ada sesiapa yang tahu kecuali telah mengalaminya. Untuk mengurangkan karenah penipuan demi penipuan ini, mari kita sama-sama berkongsi dan menyumbang, evidence sebagai paparan, untuk membantu kita mengenal pasti. Dunia kekayaan ada disebalik tembok dan gerigi serta para pembohong yang rakus mencuri dan menipu wang dan data kita. Solusinya hanya, kita kenal pasti, kita sumbang dan kita akan berjumpa selepas pelbagai liku-liku dengan gah dipuncak jaya. Jom bersama saya, kebijaksanaan kita, kejayaan bersama. Terima kasih membaca.

No comments:

Post a Comment

Koleksi aps game berbayar- legit

Pelbagai aps yang menawarkan ganjaran dalam laman wen dan aps boleh mendatangkan pulangan yang menarik. Namun demikian, terdapat juga pelbag...